Pena Abansey
Yesus berkata kepada murid-murid-Nya: “Aku berkata kepadamu, sesungguhnya sukar sekali bagi seorang kaya msuk ke dalam Kerajaan Sorga.
Matius 19: 23
Shallom!!!
Selamat tahun baru 2011..hari ini merupakan minggu kedua bagi tahun yang baru iaitu 2011. Apa azam yang telah anda tanamkan dalam hati anda? Atau belum ada yang menanam azam untuk 2011 ini? Jangan terlalu risau kerana sesungguhnya hidup ini ditentukan oleh Bapa Surgawi. Tapi jangan sesekali menjadi pemalas kerana dalam Amsal telah menegaskan bahawa orang malas tidak akan mendapat bahagian berkat yang Bapa Surgawi telah sediakan untuknya. Jadi biar 10/1/2011 ini merupakan hari pertama untuk kita bersama-sama menanam azam. Bagi saya sendiri, azam jangka pendek telah saya tanam iaitu mencari berkat pekerjaan yang telah Dia sediakan untuk saya.AMEN!
Bagaimana dengan tajuk perkongsian saya pada edisi ini?Orang kaya sukar masuk Surga!!!sekali lagi saya tegaskan ORANG KAYA SUKAR MASUK SURGA.haha...jangan marah wahai orang kaya atau yang bakal menjadi kaya atau yang lebih ganjil orang yang perasan kaya.Tajuk ini terlalu umum untuk saya letakkan kepada banyak perkara kekayaan. Kaya harta?kaya kuasa?kaya wang?kaya sikap baik buruk?apa lagi kekayaan yang mampu dihuraikan dari perkataan ‘KAYA’. Tapi untuk anda yang malas membaca Alkitab...biar saya kongsikan sedikit mengenai kisah dalam Matius 19:16-22. Kisahnya mengenai Yesus dan orang muda kaya yang sentiasa mencari kekayaan dan tidak pernah membuat kejahatan. Tetapi anak muda ini tidak menemukan damai dalam diri sehingga dia bertanya kepada Yesus untuk menjadi baik di mata Tuhan. Yesus memberi cadangan kepada anak muda ini untuk menjual seluruh kekayaannya dan bersedekah kepada yang memerlukan.Akhirnya anak muda ini tidak sanggup. Kerana itu Yesus mengajarkan kepada murid-muridnya idea orang kaya sukar masuk Surga.
Semua kita pastinya inginkan kekayaan dari segi harta,wang,kerjaya dan kuasa. Sering saya mendengar bahawa hidup selama 24jam untuk mencari kekayaan dan menjadi orang Kristian yang baik. Anda yakin dengan rutin 24jam anda begitu? Sering juga kita salah tafsir bahawa saya hidup baik di mata Tuhan dan itu sebabnya berkat melimpah dalam hidup. Tapi biar saya cadangkan satu idea,seperti ini ‘menjadi berkat dengan kekayaan adalah keinginan Tuhan dalam hidup kita’. Pasti ramai yang berkata AMEN! Untuk idea ini tetapi berapa ramai yang melakukannya???
Sering saya dengar bahawa ada anak-anak muda yang mempunyai gaji besar lupa dengan persekutuan dengan Tuhan Yesus. Sesungguhnya hidup ini adalah anugerah dan bukan kerana kebaikan atau kebijakan kita sendiri. Jangan sampai kita lupa bahawa berkat kekayaan yang Tuhan berikan bukan untuk satu kemegahan tetapi sesungguhnya semua adalah untuk memberkati orang lain dan memuliakan nama Yesus. Tahun baru ini, mari kita sama-sama tanamkan azam untuk menjadi berkat sesama manusia melalui berkat yang kita ada. Yang terutama di dalam hidup ini adalah memuliakan nama Yesus.Semua harta yang telah tergapai tidak akan mampu memberi kebahagian sejati kepada kita. Semuanya dari Tuhan, semuanya untuk Tuhan.AMEN!
TUHAN YESUS MEMBERKATI KITA SEMUA!
1 comments:
Betul...betul..saya setuju apa yg kamu tulis.Tuhan memberkati!
Post a Comment