21/11/2010

KOMITMEN

"Tetapi carilah dahulu Kerajaan Allah dan kebenarannya, maka semuanya itu akan ditambahkan kepadamu." Matius 6:33
 
Banyak perkara yang menjadi kerisauan dalam beberapa tempoh ini. Bukanlah menjadikan tempoh ini sebagai tempoh kesukaran tetapi saya lebih memandang ke arah positif. 'BERKAT-ini adalah perkataan terbaik yang mampu saya ungkapkan selama beberapa tempoh yang saya hadapi. berkat pengertian kerana akhirnya saya mampu menemukan jawapan kepada persoalan 'kenapa ini terjadi kepada saya'. 
 
Seringkali saya sangkakan bahawa saya sudah cukup berkomitmen dalam kehidupan peribadi saya selama beberapa masa kebelakangan ini. Rupanya itu belum lagi kerana saat mendengar khotbah di sebuah gereja pada hari ini, komitmen itu merupakan hal terdalam yang seringkali disalahmengerti oleh kita. Ada yang menyangka bila sibuk melayani Tuhan maka hidup telah mengutamakan Tuhan dalam dirinya...ada juga yang menyangka memberi persepuluhan sudah cukup membuktikan Tuhan adalah keutamaannya. tetapi hidup mengutamakan Tuhan adalah bila kita meletakkan Tuhan di posisi pertama tanpa kompromi dengan individu lain yang ada di dunia ini termasuk ibubapa juga.

Melayani Tuhan dengan aktif belum bermaksud hidup mengutamakan Tuhan. Tetapi mengutamakan Tuhan mampu membuat kita melayani tanpa penat lelah. Jadi selama kita masih bernafas di dunia ini, utamakanlah Tuhan lebih dari segalanya dan carilah dulu kerajaan Allah maka berkat akan diberikan kepada kita. Berikan diri kita sekali lagi kepada Tuhan dan katakan pada Tuhan "aku mahu hidup mengutamakan Engkau lebih dari segalanya mulai saat ini. Biar apa pun yang berlaku, hidup ini akan mengutamakan Engkau.Amen"

TUHAN YESUS MEMBERKATI KITA SEMUA.

0 comments: