14/10/2010

MENGHADAPI SAAT SUKAR (part two)

Susunan Abansey

Edisi kedua untuk label ini saya suka untuk membincangkan dengan memberikan sedikit perkongsian hasil dari update profil Facebook seorang rakan yang saya tidak tambah dalam senarai rakan Facebook saya pun. Dalam update profil rakan ini, dia banyak menulis ayat-ayat yang berunsur pemberontakan. Antara contoh yang dapat saya berikan adalah seperti F**k,b***h,d**n,die,kurang asam dan banyak lagi. Seperti yang saya tahu tentang dia daripada rakan-rakan lain,dia datang dari keluarga yang bercerai dan ibubapa baru yang kurang memberikan pendidikan agama serta contoh tauladan yang positif. Ternyata rakan yang masih mudah belasan tahun ini tidak dapat menghadapai saat sukar di usia remaja. Bagaimana anda sebagai anak-anak yang datang dari keluarga seperti ini berhadapan dengan hidup ini? Bagaimana pula anda sebagai ibubapa menangani keadaan sukar ini???

Langkah Penyembuhan
Daripada buku yang saya gunakan untuk menulis artikel edisi ini, terdapat idea yang sangat baik untuk kita pelajari bersama-sama. Elizabeth Kubler-Ross mempelopori idea ini dengan menjelaskan beberapa langkah penyembuhan. Langkah pertama adalah penolakan (denial). Memang di akui jiwa anda akan di sakiti akibat perpisahan ibubapa atau perpisahan anda sendiri. Tetapi tidak kurang juga yang menolak untuk menyatakan perasaan sakit mereka. Ia adalah proses yang lazim dan anda seharusnya akan melalui proses ini. Ini menunjukkan bahawa anda adalah manusia normal. Kadang-kadang ada yang berkata perpisahan itu hanya sebuah mimpi dan mustahil telah berlaku dalam kehidupan mereka. Ada juga yang tidak menerima kenyataan dan sering menganggap itu hanya sebuah peristiwa sementara. Tapi kenyataannya adalah anda telah terpisah sebagai entiti keluarga sempurna. Selepas perasaan anda sembuh nanti, anda akan sedar dan mengakui anda pernah terguris akibat perpisahan ibubapa atau perpisahan anda sendiri.

Langkah kedua adalah meluahkan perasaan berang atau amarah (anger) secara langsung dan bukan di kawal. Seperti contoh yang saya berikan mengenai rakan Facebook tadi, ini adalah proses yang sedang di lalui oleh rakan ini. Kajian menunjukkan bahawa golongan remaja lelaki lebih suka mengekspresikan perasaan mereka tanpa kawalan berbanding remaja perempuan. Bermula dengan pola berfikir seperti “saya tidak sepatutnya berada dalam keadaan seperti ini” atau “ini tidak adil!sampai hati Tuhan membiarkan ini berlaku terhadap saya”. Pola berfikir seperti ini yang akhirnya mendorong kepada proses meluahkan perasaan marah ini. Carilah adik beradik,rakan-rakan yang boleh dipercayai, kaunselor atau saudara mara anda untuk meluahkan perasaan ini. Jangan melibatkan diri dengan melakukan perkara buruk semata-mata untuk menarik perhatian ibubapa anda. Jangan melakukan perkara seperti menagih dadah, merompak dan sebagainya.

Cuba praktikkan dua langkah ini dahulu dan pada edisi seterusnya saya akan berkongsi tiga lagi langkah iaitu tawar-menawar (bargaining), tekanan (depression) dan penerimaan (acceptance). Perkara yang paling penting dalam melalui proses penyembuhan adalah memahami perasaan dan pola berfikir anda secara jelas. Cara untuk memahami perasaan dan pola berfikir anda adalah dengan menjalankan proses kaunseling atau berjumpa denga individu yang boleh membantu anda. Pastikan individu yang anda cari adalah mereka yang tidak terlibat dengan najis dadah atau membawa anda kepada tindakan yang tidak baik seperti merokok, meminum kencing iblis atau tindakan yang tidak bermoral. Sesungguhnya harapan itu ada untuk anda yang terluka kerana perpisahan.


That’s my desire for you.
Aban Gaban

0 comments: