12/10/2010

HARAPAN (Introduction)

Susunan Abansey  

Edisi ini saya kongsikan melalui pembacaan dan pengalaman selama mengendalikan kaunseling. Buku yang saya baca untuk edisi ini adalah If My Parents Are Getting Divorced, Why Am I The One Who Hurts (Sekiranya ibubapa saya bercerai,kenapa aya yang merasa di sakiti). Saya harap perkongsian ini mampu menjadi berkat untuk mereka yang berkenaan (ibubapa yang bercerai,anak-anak dan pembimbing) sehingga digunakan sebagai panduan tambahan dalam mengendali perasaan anda.Sengaja saya menulis dalam Bahasa Malaysia kerana saya berharapa setiap di antara yang membaca perkongsian ini akan lebih memahami isi kandungannya. Selamat membaca.

HARAPAN ITU ADA
Selalu ada harapan untuk setiap perkara yang berlaku. Sememangnya benar kerana setiap kejadian itu ada berkat yang telah tersedia. Ramai di antara anak-anak yang berhadapan dengan kes perceraian ibubapa akan menjadi sangat kecewa dengan situasi yang berlaku. Ada di antara mereka yang menyalahkan ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali kerana menyebabkan mereka kehilangan pola berkeluarga secara lengkap. Kadang-kadang terdapat anak-anak yang menjadi pendiam dan pemalu sehingga mengganggu konsentrasi mereka dalam perlbagai perkara terutama sekali dalam pelajaran. Tetapi saat anda membaca tulisan ini,katakan HARAPAN ITU ADA kepada diri anda. Harapan untuk mendapat kebahagian sama seperti anak-anak yang lain. Rahsianya akan saya kongsikan dalam tulisan (dalam label if MY PARENTS are getting DIVORCED) untuk beberapa masa yang akan datang.

Pertama sekali mari kita berkongsi mengenai ruang lingkup pemikiran mereka yang hidup dalam keluarga yang bercerai berai :

1. Masa depan saya akan terumbang-ambing kerana banyak perkara yang dilakukan dalam    keluarga tidak lagi sama seperti dulu.
2. Dengan siapa saya akan tinggal jika hak penjagaan dan harta sepencarian dibahagikan oleh ibubapa?
3. Pasti rakan-rakan saya akan mentertawakan saya selepas ini kerana ibubapa saya bercerai.
4.Wang perbelanjaan saya akan berkurang sedangkan kos pembelajaran semakin meningkat.Perlukah saya berhenti sekolah untuk menyokong adik lain bersekolah?

Jika di lihat daripada senarai di atas, ternyata keyakinan anda untuk mempunyai harapan semakin tipis. Tapi jangan berhenti berharap kerana sesungguhnya itu hanya pola berfikir awal oleh anda ketika menghadapi situasi tersebut. Perkara pertama yang menjadi isi utama pada edisi seterusnya adalah 'MENGAKUI' dan teruskan bersama-sama saya dalam blog ini. Bertahan bersama-sama saya dalam ruangan ini kerana dalam proses penyembuhan perasaan, anda perlu meletakkan HARAPAN sebagai kunci utama untuk segalanya. Banyak kesakitan yang anda lalui kerana perpisahan ibubapa anda tetapi saya mahu anda percaya bahawa harapan untuk disembuhkan itu ada. Sepanjang penulisan ini,saya juga akan berkongsi cara untuk menghadapi suasana ketika berhadapan dengan ibubapa anda secara efektif dan ianya akan membantu anda untuk bersikap jujur pada diri sendiri dalam menghadapi perpisahan yang terjadi.

That's my desire for you.
Aban Gaban.
   
4 comments:

Anonymous said...

salam damai dalam kasih Kristus.
Tidak dapat dinafikan bahawa penceraian ibu bapa itu sangat mengecewakan anak-anak. Saya juga merasa sedemikian. Saya merasakan segala apa yang kurang dalam diri saya selama ini adalah berpunca daripada penceraian kedua orang tua saya. Kesannya, saya menjadi pendiam dan susah untuk bergaul dengan orang lain. Sehinggakan ramai rakan yang mengatakan bahawa saya ini sombong. NO!! Ia bukanlah seperti itu. Saya cuma merasa takut dan susah untuk mendekatkan diri pada orang lain kerana takut tertolak. Kalau dilihat dari segi logiknya, keluarga saya tidak mungkin akan bersatu kembali kerana masing-masing sudah punya keluarga yang berlainan. Namun itu bukanlah penghalang saya untuk mencapai kejayaan. Sebaliknya saya berusaha dan terus berusaha untuk memberikan yang terbaik buat keluarga saya. Saya ingin melihat keluarga saya senang dan gembira walaupun sudah tidak bersatu lagi. Mengenai kewangan pula, kita boleh berusaha untuk mendapatkan pinjaman pendidikan atau biasiswa untuk membiayai pelajaran kita tanpa menyusahkan orang tua kita. Malahan saya sendiri bekerja secara sambilan di kawasan yang berhampiran tempat saya sedang belajar sekarang. Apa yang ingin saya tekankan di sini, biar kita serahkan semuanya pada Tuhan dan lakukan apa yang kita mampu capai tanpa menjadikan sesuatu masalah lampau itu sebagai penghalang. Kita harus belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi seseorang yang berguna kepada keluarga, masyarakat seterusnya untuk negara kita. Ingatlah, masih ramai yang punya kesusahan dan masalah yang jauh lebih teruk daripada kita dan kita kenalah bersyukur dengan apa yang ada pada kita sekarang. Bersyukurlah sebab walaupun kedua ibu bapa kita sedah bercerai, tetapi kita maasih boleh melihat senyuman dan kegembiraan di wajah mereka. Haleluyah! Segala pujian hormat dan syukur untuk Tuhan Yesus kita.

elem said...

everyone have their own burden..but it's could be same or not, we were never know it. the best thing we can stand up for all the kind thing is surrender to Lord. sometime people announce their past is hurt them.. but if we look foward in other corner, that past are help us to raising successfully in many aspect..
make us experiance people, educated and some more.
but thanks for this special space.. i'd confess that our parents did something weird in our past..but there must be a reason why they did it..
we help each other to make an correction..AMEN.

jommymajingkin@yahoo.com