01/09/2010

PERMULAAN BARU

Susunan : Abansey

Berbahagialah orang yang tidak berjalan menurut nasihat orang fasik, yang tidak berdiri di jalan orang berdosa, dan yang tidak duduk dalam kumpulan pencemooh,

tetapi yang kesukaannya ialah Taurat TUHAN, dan yang merenungkan Taurat itu siang dan malam.

Mazmur 1: 1-2

Hari ini telah genaplah Tanah Melayu merdeka 53 tahun. Harus diingatkan bahawa bukan Malaysia yang merdeka pada 31 Oktober 1957. Sabah hanya mencapai kemerdekaan pada 16 September 1963 (http://en.wikipedia.org/wiki/Sabah) dari kerajaan British. Kerana itu rakyat Sabah tidak meraihkan 31 Oktober sebagai Hari Merdeka kerana ramai yang bersetuju bahawa Sabah merdeka pada 16 September. Tetapi itu bukan perkara terpenting yang saya ingin sampaikan pada perkongsian edisi ini. Sambutan Merdeka untuk Tanah Melayu telah berlalu dan yang akan datang adalah sambutan Merdeka Sabah pada 16 September ini. Mungkin perjuangan untuk mencapai kemerdekaan dalam dua tarikh bersejarah ini mempunyai persamaan dan perbezaan. Tetapi yang sama adalah semangat para pejuang untuk terus berusaha untuk meraih kemerdekaan.

Sebagai manusia yang mempercayai Yesus Kristus sebagai Juruselamat, kita juga telah dimerdekakan oleh pejuang sejati kita iaitu Yesus Kristus. DIA sanggup mati di seksa dan akhirnya disalibkan untuk memerdekakan kita dari belenggu kutukan dosa. Kita telah di tebus dengan darah yang mahal kerana kasih sayang cinta Bapa Surgawi pada kita sebagai anak-Nya. Tetapi kerana kita sentiasa ingin memberontak dengan Bapa Surgawi, kita seringkali lalai dan akhirnya tewas dengan penjajahan dosa dalam diri kita sendiri. Kenapa akhirnya kita tewas, jawapan mudah adalah kerana kita terlalu mengikut keinginan daging yang tidak kita fikirkan itu adalah larangan dari Bapa Surgawi untuk kita semua sebagai Kristian. Sebagai orang yang terlibat dalam Kaunseling dalam masa yang masih singkat ini, banya perkara yang manusia sekeliling termasuk saya dan saudara sering lakukan. MENIPU, MEMBUNUH, MEROMPAK, MEMBERONTAK, BERFIKIRAN KOTOR, BERKATA-KATA KOTOR dan banyak lagi. Itu perkara yang kelihatan secara luaran sahaja. Belum dihuraikan mengenai dosa dalaman peribadi yang hanya kita dan Tuhan Yesus sahaja yang tahu.

Sempena kemerdekaan ini, saya mahu kita selidiki diri kita masing-masing. Adakah selama hidup kita di dunia ini,kita telah merdeka dari jajahan dosa daging kita? Berapa banyak perkara yang tidak di larang oleh Tuhan Yesus telah kita lakukan. Jalan kemerdekaan itu sentiasa ada untuk mereka yang percaya kepada jalan kebenaran Bapa Surgawi. Destinasi tujuan kita adalah sama iaitu kerajaan Surga. Semua kita mahu menjadi penduduk dalam kerajaan Surga. Jalan menuju ke sana di katakan mudah atau sengsara. Itu sebenarnya terpulang kepada iman dan tindakan kita untuk sampai ke destinasinya. Perkara yang perlu kita fokuskan adalah sepanjang jalan menuju ke kerajaan Surga itu sendiri. Ramai yang kecewa dan berpaling tadah (murtad) untuk me Surga kerana jalan yang mereka pilih kononnya di dakwa salah. Ada yang berceramah dan menyatakan jalan yang ditentukan oleh Bapa Surgawi untuk sampai ke kerajaan-Nya adalah tidak benar sehingga mereka memilih jalan dalam agama lain. Fikirkan sejanak...ADAKAH SEMASA ANDA BERJALAN SEJAUH ITU DENGAN PERLENGKAPAN IMAN YANG TEPAT??? ADAKAH ANDA BERGERAK MELALUI JALAN-JALAN ITU DENGAN TINDAKAN YANG BETUL???

Semua kita pernah melalui kegagalan dalam beberapa perkara di hidup kita. Ada yang gagal dalam peperiksaan, percintaan, pertunangan, perkahwinan, gagal mendidik anak-anak, gagal menjadi contoh kepada anak-anak, gagal menjadi ketua yang baik atau juga gagal dalam pelayanan gereja..semuanya pernah menemui kegagalan. Tapi jangan sesekali salahkan Yesus Kristus atau Roh Kudus kerana kegagalan kita. Kegagalan itu mungkin adalah kerana kita yang salah memilih tindakan dan pola berfikir kita dalam melaksanakan semua perkara tersebut. Kegagalan itu mungkin juga kerana kita tidak menuruti peraturan yang telah Yesus Kristus tetapkan seperti dalam hal berdoa, beriman dan bertindak. Banyak perkara yang menyebebkan kegagalan tapi bukan disebabkan oleh Yesus Kristus atau Roh Kudus.

Jika selama ini anda masih menyalahkan kegagalan anda untuk bebas dari ikatan dosa adalah kerana kelemahan Roh Kudus, bertaubatlah dan betulkan semula poal pemikiran itu. Kegagalan manusia adalah kerana manusia itu sendiri yang memilih untuk gagal.GAGAL MERANCANG DENGAN BAIK DALAM PIMPINAN ROH KUDUS!!! Ambil peluang 1 September 2010 ini sebagai permulaa baru untuk kita memerdekakan diri dari semua ikatan dosa yang membelenggu kita selama ini. Perkara yang bersesuaian dengan ajaran Yesus adalah yang terbaik untuk dilaksanakan. Bagaimana mencari ajaran Yesus? Siapkan diri anda dengan Firman Tuhan setiap hari selepas ini.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Jadilah GARAM dan TERANG di tengah kegelapan dunia.

Salam rindu.

Gaban Aban.

0 comments: