Susunan: Abansey
Maka Allah melihat segala yang dijadikan-Nya itu, sungguh amat baik. Jadilah petang dan jadilah pagi, itulah hari keenam.
Kejadian 1:31
Kejadian Bab 1 menceritakan bagaimana Allah menciptakan segala apa yang ada di bumi ini sehingga kejadiannya manusia itu sendiri menurut gambaran Allah sendiri. Dalam ayat 31 menjelaskan bagaimana perasaan Allah sendiri apabila berjaya menciptakan manusia. Dijelaskan bahawa Allah sangat berpuas hati dengan manusia sehingga diterangkan bahawa Allah melihat manusia itu SUNGGUH AMAT BAIK. Perhatikan semula bahawa selama 5 hari Allah menciptakan bumi dan segala isinya dan dijelaskan Allah melihat semua itu BAIK. Tetapi pada hari ke-6 saat Allah menciptakan manusia, Allah menyatakan ciptaan-Nya itu SUNGGUH AMAT BAIK. Apakah maksudnya Allah melihat manusia itu ciptaan yang sungguh amat baik? Kerana sejak kita lahir kita telah direncanakan untuk sesuatu yang amat baik. Dalam Yeremia 1;5 di jelaskan seperti ini ; "Sebelum Aku membentuk engkau dalam rahim ibumu, Aku telah mengenal engkau, dan sebelum engkau keluar dari kandungan, Aku telah menguduskan engkau, Aku telah menetapkan engkau menjadi nabi bagi bangsa-bangsa."
Praise Lord Jesus!!! Kita telah direncanakan untuk menjadi pemimpin dalam kehidupan kita. Sebelum kita dilahirkan kita telah dibentuk oleh Allah dengan tujuan yang terbaik! Kita merupakan karya terindah yang diciptakan oleh Allah dengan rencana terindah. Jika ini sentiasa menjadi inti kepada kehidupan Kristian kita, maka hidup bersama Tuhan Yesus tidak akan menjadi sia-sia. Kerana saat badai idup melanda kita, kita sentiasa akan yakin bahawa Tuhan Yesus ada bersama-sama dengan kita. Jika kita sedar bahawa Allah menciptakan kita untuk tujuan terindah, apa yang perlu kita berikan semula kepada-Nya? Ramai manusia yang hilang rohani kerana mereka tidak tahu bahawa mereka adalah karya terindah ciptaan Allah dengan tujuan yang terbaik.
Seringkali saya kongsikan dengan rakan-rakan bahawa untuk menjadi Kristian yang kuat, perlu siap untuk memberikan yang terbaik untuk Tuhan Yesus dalam segala hal. Pernyataanya mudah; JIKA TUHAN SUDAH SEDIAKAN YANG TERBAIK, KENAPA KITA MAHU MEMBERIKAN YANG KURANG BAIK. Tuhan Yesussudah mati untuk menyucikan kita dari dosa kita dan akhirnya bangkit untuk menyatakan bahawa Dia adalah Tuhan, kenapa kita yang telah ditebus dengan darah yang mahal ini dengan sengaja memberikan yang kurang baik kepada Tuhan Yesus. Kita adalah karya terindah ciptaan Allah dan kita perlu berikan yang terbaik kepada Pencipta kita. Jika dalam perniagaan, definisi mudah adalah produk yang terbaik akan memberikan hasil yang terbaik kepada penggunanya. Kita adalah produk terbaik ciptaan Allah dan seharusnya kita memberikan khidmat terbaik kepada Pencipta kita.
Berikan yang terbaik dalam SEGALA PERKARA kita dengan berharap penuh kepada hikmat yang datang dari Tuhan sahaja dan tidak bersandar kepada kebijaksanaan kita sendiri. Dalam Amsal 2:6 (Karena Tuhanlah yang memberikan hikmat, dari mulut-Nya datang pengetahuan dan kepandaian) telah dijelaskan oleh Raja Salomo bahawa hikmat dan pengetahuan datang dari Tuhan dan kita perlu minta dari Tuhan sahaj untuk hikmat kebijaksanaan. Jika kita bersikap sombong dan bangga dengan diri kita sendiri, kita tidak akan dapat memberikan yang terbaik kepada Tuhan Yesus. Jangan pernah berkata ‘cukuplah dengan apa yang saya sudah ada sekarang ini’ kerana Tuhan Yesus masih mahu berkarya dalam hidup kita sehingga kita akhirnya berjaya menghasilkan yang terbaik dalam diri kita. Jangan pernah berkata ‘saya sudah berikan yang terbaik’ jika Tuhah masih berikan nafas hidup yang baru pada hari esok kerana apa yang baik kita lakukan pada hari ini perlu kita lakukan lebih baik pada hari esok. Kerana setiap hari esok pasti akan ada berkat yang terbai daripada hari ini.
Jadi berharap penuh sentiasa kepada Tuhan Yesus seperti anak burung rajawali. Tuhan akan mendidik kita dengan cara yang terbaik dan hasilnya pasti yang sungguh baik. Ibu kepada rajawali akan mendidik anaknya terbang dengan melepaskannya dari tempat yang tinggi. Saat anak kecil itu dilepaskan dari tempat yang tinggi dari bumi, ia merasakan ibunya tidak menyayanginya tetapi saat hampir jatuh ke bumi akhirnya anak rajawali itu berjaya membukakan sayapnya dan terbang tinggi di awan. Bagitu juga kita apabila bersama Tuhan Yesus. Percayalah bahawa Tuhan Yesus sentiasa bersama dengan kita dalam keadaan apa pun kita. Jika engkau pernah melakukan dosa, mohon pengampunan dan kembali semula kepada kasih Tuhan Yesus. Jika engkau pernah lalai dalam pengharapan kepada Tuhan Yesus, rendahkan hati dan biarkan Roh Kudus memimpin hidupmu sekali lagi. Tuhan Yesus pasti sanggup bersama-sama dengan kita kerana kita adalah produk terbaik ciptaan-Nya yang diciptakan untuk tujuan yang terbaik. Kita adalah karya terindah ciptaan-Nya.
Jadilah GARAM dan TERANG di tengah kegelapan dunia.
Tuhan Memberkati.
1 comments:
Puji Tuhan, sememangnya Tuhan menciptakan segala sesuatu itu indah adanya. Tuhan menciptakan bumi dan segala isinya menurut aturan Tuhan yg maha Tahu.
Apa yang menyedihkan ilh kita manusia ciptaan yg terindah dan yg paling sempurna malah tdk tahu menilai dan menggunakan ciptaan Tuhan secara secara betul.
Keinginan kita manusia selalu tertuju kepada kepentingan peribadi sehingga kita lupa menggunakan ciptaan Tuhan yg lain secara tepat, lbh menyedihkan kita selalu salah gunakan utk kepentingan peribadi, utk kepuasan daging kita sendiri.
Mari kita sama-sama mulai dri hari ini belajar menghargai dan tdk salah guna ciptaan Tuhan yg lain...Renung-renungkan..
Peace...to the WORLD...
Fred S.
Post a Comment