19/09/2009

I DARE TO MOVE

1 comments

Susunan : Abansey

Jagalah supaya kamu jangan menolak Dia, yang berfirman. Sebab jikalau mereka, yang menolak Dia yang menyampaikan firman Allah di bumi, tidak luput, apa lagi kita, jika kita berpaling dari Dia yang berbicara dari sorga?

Ibrani 12: 25

Seringkali dalam sesi kaunseling yang saya kendalikan akan terdapat isu mengenai masa lalu. Seringkali dalam teori psikologi menyatakan bahawa perasaan dan emosi manusia dipengaruhi atas dasar keyakinan atau kepercayaan mereka selepas sesuatu peristiwa berlaku. Peristiwa ini akhirnya menentukan arah kepercayaan dan rinsip hidup mereka sehingga akhirnya memberi kesan kepada perasaan dan emosi mereka. Persoalannya adalah begini; mengapa manusia suka hidup dalam sejarah lalu mereka dan dipengaruhi oleh masa lalu mereka? Contohnya mereka di khianati dan di tinggalkan. Mereka percaya bahawa mereka di khianati atau di tinggalkan kerana mereka tidak berguna atau tidak cukup baik. Bukankah orang yang mengkhianati atau yang meninggalkan mereka itu sebenarnya yang tidak berguna dan bodoh? Hal ini menjadi beban dalam hidup saya juga. Kerana kesilapan dan tersalah tindakan, akhirnya saya tetap di cop sebagai penipu dan tidak layak mendapat peluang.

Tapi mulai saat ini, saya tidak akan bersedih atau menyalahkan mereka lagi. Saya punya hati dan perasaan. Jika orang yang di sayagi tidak mahu mempercayai saya lagi, saya tidak bpoleh terus hidup dengan pandangan mereka lagi. Saya cabar diri saya untuk berubah! Saya cabar hidup saya untuk berpaling dari kesalahan yang saya lakukan! Saya cabar diri saya berubah untuk diri saya sendiri! Bukan untuk mereka tapi untuk diri saya sendiri. Mereka pasti mentertawakan dan memperlekehkan setiap isi hati saya untuk berubah. Jika sebelum ini saya pasti kecewa kerena tidak ada yang percaya atau menyokong saya. Tetapi mulai hari ini, saya tidak perlukan kepercayaan dan sokongan oranga lain untuk melihat saya berubah. I DARE TO MOVE!!!

Perkara pertama yang perlu di ubah adalah prinsip hidup dalam menghadapi tekanan dalaman dan luaran. Ini yang perlu di ubah secepat mungkin. Sebarang tekanan dalaman seperti perasaan malu, rasa tidak berguna dan rasa bersalah telah saya padam jauh dalam hidup saya. Saya yakin saya tidak lagi bersalah dan tidak ada perkara yang perlu dimalukan lagi. Saya berguna kerana saya mampu memberi yang terbaik dalam perhubungan saya cuma mereka yang tidak mahu mempercayai saya sahaja. Itu hal mereka sendiri. Mereka telah menghakimi saya begitu sedangkan saya tidak lagi begitu. Selain itu tekanan luaran seperti fitnah, khabar angin dan umpatan dari orang juga perlu saya kuasai dalam minda saya. Cara mudah untuk menjadikan semua itu positif adalah dengan menjadikan diri saya fokus pada perubahan yang ingin saya lakukan. Jadi setiap perubahan yang saya lakukan sama ada dari segi pemikiran dan penampilan adalah untuk saya sendiri dan bukan untuk orang lain percaya.

Setiap manusia tidak akan dapat menarik semula kesalahan yang telah dilakukan tetapi dengan perubahan serta pertaubatan yang sebenar dalam kasih Yesus, segalanya menjadi indah pada diri sendiri. Jika orang lain tidak mahu mempercayai diri kita lagi, jangan bersedih kerana Tuhan melihat dan berbangga dengan setiap perubahan yang kita lakukan. Untuk anda yang tidak mampu berubah kerana takut untuk berubah...I DARE U TO CHANGE!!! Tidak ada perkara yang Tuhan tidak fahami dalam diri kita. Tidak seperti manusia yang sering menghakimi kita kerana kesalahan lalu kita. Jangan berdukacita kerana rakan-rakan atau orang tersayang anda tidak mempercayai anda lagi. Bersukacitalah senantiasa kerana kita sesungguhnya telah berpaling dari kejahatan dan kembali kepada kasih Bapa Surgawi. Just take this wonderful moment to praise Lord God. Give thanks to Him for His Understanding and Love. GOD IS OUR VICTORY!!!

Jadilah GARAM dan TERANG di tengah kegelapan dunia.

TUHAN YESUS MEMBERKATI.

09/09/2009

KERINDUAN KU

0 comments
Tanggal 1 September 2009 merupakan tarikh keramat dalam hidup saya sebagai hamba Tuhan. Saya bahkan menitiskan airmata saat saya mendapat perasaan ini. Saya bolehn katakan bahawa perasaan ini adalah satu ‘kerinduan’ yang sangat mendalam dalam hati saya. Kerinduan yang sangat mendalam pada Tuhan Yesus Kristus. Saat saya mempunyai kerinduan mendalam ini, saya seakan-akan mendapat satu bayangan bahawa team pujian penyembahan The Lights membuat sebuah konsert rohani. Dalam konsert rohani itu, kami menjadi berkat bagi ramai jemaat yang datang bersama-sama dalam konsert itu. Saat saya mendapat bayangan itulah saat yang paling indah buat saya. Saya tidak sedar saya menitiskan airmata ketika sedar dari bayangan tersebut.
Betapa indahnya bayangan ini. Saya seperti terbuai dengan bayangan ini sehingga tidak sedar bahawa saya sampai ke Desa Ilmu. Saya sangat bersyukur dengan berkat-berkat yang melimpah dalam hidup saya sehingga kini. Dengan ahli keluarga yang sentiasa menyokong saya. Baik buruk hidup dan tindakan saya, ahli keluarga sentiasa mendorong saya. Mereka tidak pernah mengungkit atau menghakimi saya. Orang yang paling rapat dalam hidup saya juga menghakimi saya dan mengungkit sikap buruk saya sebelum ini. Manusia cukup tidak sempurna tetapi ada mereka yang mahukan kesempurnaan dari saya. Saya juga manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesalahan. Tapi janganlah kerana kesalahan lalu saya maka saya dihakimi sehingga sekarang. Manusia juga pandai berubah dan ini yang saya lakukan sekarang. Hanyaah;li keluarga saya yang menyokong dan mempercayai saya. Orang terdekat sekalipun tidak mahu menerima bahawa saya bukan RAM BURAAT seperti yang sebelum ini lagi.
Hati saya sentiasa menahan penghinaan daripada pandangan rakan-rakan. Mata ini tidak mampu mengeluarkan airmata lagi. Hati saya juga tidak dapat menerima penghinaan lagi. Saya akhirnya menemukan semula pencinta yang satu iaitu Tuhan Yesus. Saya hanya berkemampuan menerima semua tuduhan dan penghakiman daripada rakan-rakan dengan menyerahkan perasaan hati saya kepada Tuhan Yesus. Sebelum ini orang yang paling dekat dalam hati saya juga menyebarkan keburukan dan kesalahan saya. Saya tidak kisah sangat jika itu cara dia menyenangkan hati tetapi bila dia juga sentiasa menuduh dan menghakimi saya, saya akhirnya tidak berdaya lagi. Hanya berserah terus kepada Tuhan Yesus. Bapa Surgawi, anak kecil Mu ini tidak mampu lagi menahan penghinaan dan tuduhan dari rakan-rakan anak Mu ini. Saya juga tidak mampu lagi mendengar tanggapan buruk mereka terhadap saya. Orang yang saya sayang juga menghakimi saya dan mengungkit kesalahan saya. Ampuni mereka ya Bapa. Anak kecil mu ini mengampuni mereka kerana kasih yang Engkau berikan dalam hidup anak Mu ini.Biar kekuatan Roh Kudus menguasai hidup anak Mu ini sepenuhnya. Saya tidak berdaya lagi ya Bapa...saya tidak mampu lagi...jadilah sesuai kehendak Mu dalam hidup anak Mu ini. Dalam nama Tuhan Yesus.Amen.
Kerinduan terdalam di hati saya ketika ini adalah ingin melayani Tuhan Yesus dalam hidup saya. Saya sangat rindu meletakkan semula hidup saya sebagai penyembahan sejati kepada Tuhan. Penghinaan, pandagan buruk dan penghakiman daripada orang sekeliling tidak akan saya hiraukan lagi. Satu sahaja tujuan saya sekarang iaitu melepaskan penderitaan ini dan kuat dalam pelayanan. Saya mahu buktikan kepada diri saya sendiri bahawa hidup saya lebih bernilai. Bukan untuk di hakimi, di kutuk, dijadikan bahan cerita atau tempat melepaskan kemarahan. Cukuplah segala kesalahan saya yang saya lakukan sebelum ini. Saya tidak mahu menoleh dan dipengaruhi lagi oleh najis kejahatan yang saya lakukan. Saya hanya mahu fokus dan memandang terus kepada Tuhan Yesus. Saya mahu terus mencari wajah-Nya. Saya mahu hidup ini berharga di mata Tuhan Yesus dan bukan di nilai oleh manusia.
Segalanya adalah untuk cinta saya pada Tuhan Yesus. Semuanya kerana kasih Agape dari Bapa Surgawi. Saya tidak mahu berpaling lagi ke ruang gelap hidup saya. Segalanya saya serahkan dalam tangan Tuhan Yesus. GOD BE WITH ME!!!GOD GIVEN HIS LIFE FOR ME!!!SAYA SANGAT BERHARGA DI MATA TUHAN YESUS!!!THE BEST IS YET TO COME!!!AMEN!

06/08/2009

PILIHAN

0 comments
Susunan : Abansey
Jagalah hatimu dari kewaspadaan, karena dari situlah terpancar kehidupan
Amsal 4: 23


Shalom...salam damai dalam kasih Yesus Kristus.

Untuk edisi kali ini, saya ingin berkongsi tentang satu istilah iaitu istilah PILIHAN. Manusia membentuk dirinya hasil daripada pilihan yang telah di ambil sebelumnya. Bentuknnya manusia iaitu dalam pelbagai perspektif. Dalam bentuk nilai diri atau sifat, pencapaian hidup termasuk dalam pekerjaan dan akademik, memilih pasangan atau menentukan masa depan hidup. Segalanya bermula dengan pilihan yang manusia lakukan secara peribadi. Kerana itu, lakukanlah pilihan yang sepatutnya dengan penaakulan yang melampaui akal cetek kita. Secara ringkasnya, saya mendapat ilham untuk memilih tajuk ini selepas melihat rakan sekerja saya mempunyai isu dalam kerjaya yang mereka ceburi sekarang ini. Atas rasa terdorong untuk berkongsi berkat dan pengetahuan yang sedikit ini, saya kongsikan tajuk ini untuk berkat kita bersama.

Isu pertama yang ingin saya kongsikan dalam hal menentukan pilihan adalah dalam membentuk nilai dan sifat diri kita. Mengapa ramai manusia yang jatuh dalam gejala-gejala yang tidak baik? Mengapa manusia memilih hidup seperti penagih, pelacur, perompak, pembunuh dan penganggur? Jawapan yang mampu saya berikan adalah kerana PILIHAN YANG SALAH. Amsal 1: 15 menyatakan demikian ‘Hai anakku, janganlah engkau hidup menurut tingkahlaku mereka, tahanlah kakimu dari pada jalan mereka’. Ayat dari Salomo ini menyatakan sesuatu tentang pilihan hidup anda. Secara jelas Salomo mengingatkan kita untuk jangan menurut tingkahlaku manusia yang sering melakukan kejahatan fasik. Jelas manusia fasik telah memilih jalan hidup mereka sebegitu sedangkan kita sebagai orang Kristian seharusnya memilih jalan hidup yang baik. Mungkin ada di antara kita yang memilih satu tempoh untuk berubah menjadi baik tetapi itu juga adalah sia-sia kerana nafas kita datang dari Tuhan dan pada bila-bila masa nafas kita pasti berakhir. Kita tidak tahu bila nafas kita berakhir sedangkan kita mungkin belum menerima Tuhan Yesus sebagai Juruselamat peribadi kita pada masa itu. Di manakah akhirnya arah hidup roh kita selepas itu??? Tepuk dada tanya hati. Sesungguhnya pilihan di tangan anda.

Perkara kedua yang saya ingin kongsikan pilihan dalam isu pilihan dalam menentukan pekerjaan dan akademik. ‘Kegagalan bermakna kita belum berjaya lagi’...maksudnya adalah setiap kali kita gagal, tidak bermakna kita tidak akan pernah lulus cuma kita belum berjaya lagi. Bezanya antara orang yang gagal dan berjaya adalah pilihan yang di ambil. Orang gagal biasanya akan memilih untuk berputus asa sedangkan orang yang berjaya memilih untuk terus berusaha. Mengapa pilihan untuk terus berusaha mampu membawa kepada kejayaan? Masih ingat dengan ‘usaha tangga kejayaan’??? Kerana setiap kali kita berusaha walaupun kita gagal, sebenarnya kita telah menemui satu lagi tips untuk mencapai kejayaan. Thomas Edison, Adik beradik Wright dan dan Alexander the Great merupakan bukti kepada formula kejayaan seperti ini. Jika kita memilih untuk malas berusaha, bagaimana mungkin Tuhan mampu membantu kita? Kalau hanya dengan iman tanpa perbuatan, itu hanyalah ibatrat patung yang mati dan tidak mampu bergerak mencapai kejayaan. Sebaliknya jika kita memilih untuk berusaha, berusaha dan terus berusaha...pasti kejayaan akan tercapai pada satu masa yang tepat.

Pilihan dalam menentukan pasangan hidup...rasanya ini belum layak untuk saya kongsikan kerana saya pun belum beristeri..hehe..tapi dengan pengalaman yang cetek sebagai kaunselor pelatih, saya mahu kongsikan beberapa perkara berkenaan memilih pasangan hidup. Bukan daripada saya sendiri tapi hasil pengalaman saya sepanjang mengendalikan kaunseling dengan klien yang telah berkahwin. Lazimnya manusia itu mengambil keputusan untuk berkahwin dengan seseorang selepas berkawan dan merasakan mereka telah saling memahami. Lazimnya juga, manusia memilih pasangan hidup kerana mereka saling mencintai. Walaupun ciri-ciri itu penting dalam menentukan pilihan hidup, tetapi akhirnya mereka tetap berperang besar. Pilihan yang perlu anda lakukan selepas itu adalah bercerai atau meneruskan hidup bersama. Pada waktu inilah mereka perlu bijak membuat pilihan. Selalunya saya memberi beberapa pilihan kepada klien saya iaitu termasuk balik ke rumah ibu bapa buat beberapa waktu atau pergi bercuti bersama-sama keluarga atau bercuti bersendirian atau bercuti berdua sahaja atau berkongsi dari hati ke hati dengan pasangan atau bertanya pendapat pakar. Dalam segala pilihan ini, saya mencadangkan kepada mereka untuk berdoa dan meneruskan hubungan erat dengan Tuhan. Saya seboleh-bolehnya tidak mahu memberi pilihan cerai sebagai pilihan terakhir. Dalam Matius 19:5, Yesus menjelaskan bahawa lelaki dan wanita yang telah menjadi suami isteri telah menjadi satu daging dan tidak dapat dipisahkan lagi. Jadi apa haknya saya sebagai manusia memberi pilihan kepada mereka untuk bercerai? Pastinya pilihan saya adalah membantu mereka untuk bersatu semula. Kerana itu, pilihan seterusnya dalah di tangan pasangan itu sendiri.

Sebagai manusia ciptaan Tuhan, kita seharusnya membuat pilihan yang tepat dalam hidup kita. Dalam segala hal, jangan sesekali kita membuat pilihan dengan kebijaksanaan kita sendiri tetapi kita sepatutnya membuat pilihan dengan bantuan hikmat daripada Roh Kudus. Yesus Kristus sebelum di angkat ke Surga telah berjanji untuk mengirimkan Roh Kudus kepada setiap kita yang percaya akan kekuasaan-Nya. Jangan sia-siakan hidup kita kerana pilihan yang salah. Jangan juga sia-siakan hidup kita kerana kita ini sesungguhnya manusia yang diciptakan menurut gambaran Sang Pencipta iaitu Allah Bapa. Jadikanlah diri kita sebagai GARAM dan TERANG bagi dunia yang gelap ini.

Jadilah GARAM dan TERANG di tengah kegelapan dunia.
TUHAN YESUS MEMBERKATI.

24/07/2009

HARAPAN

0 comments

Susunan : Abansey

Karena masa depan sungguh ada, dan harapanmu tidak akan hilang.

Amsal 23: 18

“harapan ibarat mentari,pagi akan muncul tetapi menjelang senja...tenggelamlah ia.

harapan ibarat mentari,bila aku putus harapan hari ini...esok pasti ada harapan lagi.”

-Abansey-

Shalom...

Salam damai dalam Tuhan Yesus Kristus, Jruselamat manusia.

Seorang bayi dilahirkan kerana adanya harapan. Harapan dari seorang ibu, harapan dari seorang ayah, harapan dari ahli keluarga. Tetapi tujuan utama kita dilahirkan di dunia ini adalah kerana harapan dari Bapa Surgawi. Apakah harapan dari Bapa Surgawi itu??? Dapat saya ringkaskan dalam Matius 21:15-16 bahawa harapan Bapa Surgawi terhadap bayi atau anak-anak kecil adalah untuk menjadi PENYEMBAH YANG BENAR dan menyembah di dalam Roh Kebenaran. Ibu bapa atau bakal ibu bapa...sayangilah anak-anak anda. Walau bagaimanapun asal usul kejadian bayi itu, sayangilah ia kerana sesungguhnya harapan Bapa Surgawi melebihi harapan anda terhadap anak kecil itu. Dalam 1 Petrus 2: 2 pula, kita sebagai manusia biasa perlu terus menerus mencari kebenaran dan keteguhan iman anda. Jadilah seperti bayi yang sentiasa inginkan susu dari ibu. Jangan menjadi seorang anak yang derhaka sehingga ibu bapa hilang harapan pada anda.


Terlalu ramai manusia yang mengambil keputusan untuk menamatkan riwayat hidup mereka kerana telah putus harapan. HARAPAN...satu perkataan yang mampu mengubah hidup kita. Bila manusia putus harapan, mereka hilang pertimbangan. Bila manusia tiada pengharapan pada Bapa Surgawi, mereka pasti sesat di dunia mereka. Tetapi bila manusia mempunyai harapan, pertimbangan sentiasa di garap secara logik. Bila manusia mempunyai pengharapan pada Bapa Surgawi, hidup pasti terjaga. Bapa Surgawi tidak janjikan hidup senang lenang senantiasa tetapi DIA berjanji akan ada bersama-sama kita dalam segala keadaan kita. Bila kita mengenal akan sumber pengharapan kita, pasti kita tahu tujuan hidup kita juga. Kerana itu, kuatkanlah iman kita untuk berpegang utuh pada Bapa Surgawi.


Remaja sentiasa terjebak dengan pelbagai situasi yang memungkinkan mereka untuk putus harapan. Ada yang hilang harapan untuk belajar sedangkan Bapa Surgawi sudah jelas memberikan harapan untuk anda dengan melanjutkan pelajaran ke universiti. Ada yang hilang harapan kerana kecewa dalam percintaan. Bukankah Bapa Surgawi telah menyediakan pelengkap bagi hidup kita sebelum kita lahir lagi. Kenapa perlu kecewa dan hilang harapan sehingga membenci si dia??? Sifat benci itu kan jalan iblis untuk membawa anda ke lorong kegelapan???


Ibubapa kadang-kadang hilang harapan terhadap anak-anak mereka yang nakal dan sering melakukan kejahatan. Ibu bapa sepertinya putus asa sehingga mengambil keputusan untuk membiarkan anak-anak mereka melakukan apa pun aktiviti tanpa perhatian lagi. Ibu bapa punya pengharapan pastinya sentiasa berdoa dan berdoa dan terus berdoa untuk anak merka. Ibu bapa yang mengenal Yesus Kristus sebagai sumber pengharapan mereka dalam mendidik anak-anak pasti akan menjadikan Yesus sebagai model contoh mendidik anak-anak. Yesus semakin mengasihi anak-anak yang terhilang dan sentiasa mengingatkan anak-anak yang taat juga. Peribadi Yesus seharusnya menjadi sumber inspirasi dalam mendidik anak-anak dan bukan merka yang di gelar ikon artis duniawi. Jangan sampai ibu bapa membina tembok pemisah di antara mereka dan anak-anak.


Sebagai kaunselor pelatih, saya juga sering mendegar rungutan dari mereka yang mempunyai isu rumahtangga. Maksdunya adalah ada pasangan suami isteri yang telah hilang harapan dan akhirnya berputus asa dalam menjaga hubungan sebagai pasangan suami isteri. Kenapa perlu hilang harapan terhadap suami yang curang??? Kenapa perlu putus harapan kepada isteri yang curang??? Bukankah Yesus ketika menjawab soalan Petrus bahawa hal mengampuni adalah perkara penting dalam menjaga sesebuah hubungan. Yesus menjawab bahawa mengmpuni sebanyak 70X7 iaitu sama dengan 490 kali. Bukanlah jumlah yang Yesus mahu tunjukkan dalam menjawab soalan Petrus tetapi lebih kepada hati yang sentiasa perlu saling mengampuni. Jadi sebagai suami isteri Kristian, selayaknya anda juga menjadikan tips dari Yesus ini dalam menjaga hubungan anda sebagai pasangan suami isteri. Janga membenarkan iblis menguasai hati anda dengan terus menerus. Jadikanlah Yesus Kristus sebagai sumber pengharapan anda.


Jadilah GARAM dan TERANG di tengah kegelapan dunia.

TUHAN YESUS MEMBERKATI.

17/06/2009

CORAK ITU INDAH WALAUPUN

0 comments



Susunan: Abansey

Terkutuklah orang yang memandang rendah ibu dan bapanya. Dan seluruh bangsa itu haruslah berkata: Amin!

Ulangan 27:16


Bulan ini merupakan bulan meraihkan bapa-bapa kita. Bulan lepas pula telah berlalu HARI IBU. Bersyukurlah kepada Almasih kerana ibubapa masih ada untuk di peluk, di belai dan tempat menumpang manja. Bagi anda yang telah menjadi yatim piatu, hargailah masa-masa nada selama anda bersama ibubapa anda ketika mereka masih hidup. Terlalu banyak perkara yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku di antara kita dan ibubapa kita. Banyak juga perkara yang akan berlaku dan akan berlaku kepada anda yang hidup tanpa ibubapa lagi. Saya ingin berkongsi tentang kedua tokoh ini dalam perkongsian kali ini. Corak dari kedua tokoh ini adalah begitu indah untuk diungkapkan...saya berdoa agar anda diberkati dengan perkongsian ini.


“IBU”...sebuah ungkapan yang sedap di sebut dan terasa aman bila menyebutnya. Terlalu banyak sumbangan seorang ibu kepada anak-anaknya. Ungkapan sering mengatakan bahawa ‘seorang ibu dapat membesarkan sepuluh anak tetapi sepuluh anak belm tentu dapat membahagiakan ibunya’. Terlalu hebat rupanya kasih seorang ibu kepada anak-anaknya. Perumpaan lain yang timbul dari fikiran saya ada ‘ibu jari’. Saya tidak dapat bayangkan kehidupan seharian saya tanpa sepasang ibu jari kaki dan ibu jari tangan saya. Saya tahu saya boleh melakukan banyak aktiviti tanpa ibu jari kaki dan ibu jari tangan saya tetapi saya juga yakin sepenuhnya bahawa saya tidak mungkin dapat melakukan semua perkara dengan selesa tanpa adanya ibu jari ini. Sama seperti perumpaan ini, peranan seorang ibu juga sama dalam kehidupan kita. Mungkin ibu anda seorang yang bengis, lepas cakap dan anda sering kecil hati tapi saya sentiasa yakin bahawa ibu tidak akan membiarkan anaknya mati kesusahan tanpa sebarang ihsan darinya. Ibu akan berusaha membanting tulang, bermandi peluh dan bekerja keras untuk membantu kita. Saat ibu melahirkan kita, kesakitan untuk melahirkan kita ke dunia ini tidak mungkin akan dapat di ganti dengan duit RM1,000,000 atau RM1,000,000,000. Tapi berusahalah memberikan penghargaan yang ringkas tapi cukup bermakna, pasti kesakitan ibu ketika melahirkan kita akan terhapus dari ingatannya. SAYANGILAH IBU ANDA WALAU ANDA TERASA DI SAKITI OLEHNYA. JANGAN TERLEWAT UNTUK MEMOHON MAAF ATAS KESALAHAN ANDA DAN JANGAN PERNAH TERLEPAS MENGHARGAI IBU ANDA.


“AYAH”...apa pun ungkapan yang anda berikan kepada lelaki terhebat dalam hidup anda ini, pastikan ianya membawa penghargaan kepada ayah anda. Mungkin ramai anak-anak yang tidak mengenal ayah mereka kerana banyak sebab. Tapi bagi kita yang mempunyai seorang ayah, jangan pernah sia-siakan ayah kita. Begitu banyak cerita dan kes yang melibatkan seorang ayah menyakiti anak-anaknya tetapi bersyukurlah kerana kita mempunyai seorang ayah yang berusaha membahagiakan anaknya. Ayah ibarat tapak tangan bagi saya. Mungkin ayah saya bukan ayah yang mampu memberikan kebahagian dalam hal material tetapi setiap hal yang saya sampaikan kepada ayah saya, saya pasti akan terhibur dengan pandangan atau nasihatnya. Orang lain mungkin menganggap kita rendah dan tidak menghargai kita tetapi naluri seorang ayah mampu membuatkan kita sentiasa istimewa seadanya kita. HORMATILAH AYAH IBARAT ANDA MENJAGA TAPAK TANGAN ANDA DARI SEBARANG KEKOTORAN.


Bagi anda yang telah kehilagan ibubapa dan tidak sempat merasai sentuhan kasih sayang ibubapa, hargailah masa-masa hidup anda di dunia ini. Setiap waktu anda, jadikanlah ianya indah seadanya. Kasih dari Surga turun memenuhi hidup anda dan Yesus Almasih adalah BAPA SEMPURNA dalam segala hal. Asal percaya saja pada kasih-Nya dan menerima-Nya sebagai Juruselamat anda, pastinya hidup kita akan sentiasa mempunyai ketenangan dan kasih sayang penuh. Prinsipnya adalah mudah,JANGAN MENGHINA DAN MENJAUHKAN DIRI dari KASIH AGAPE itu. Dekatkanlah diri kita terus menerus kepada DIA maka kita akan mendapat kasih penuh dari DIA,BAPA SURGAWI.



Jadilah TERANG di tengah kegelapan dunia.

TUHAN YESUS MEMBERKATI.

20/04/2009

HIDUP...pilihan anda.

0 comments

Susunan: Abansey


Aku memanggil langit dan bumi menjadi saksi terhadap kamu pada hari ini: kepadamu ku perhadapkan kehidupan dan kematian, berkat dan kutuk. Pilihlah kehidupan, supaya engkau hidup, baik engkau maupun keturunanmu,

Ulangan 30: 19

Ramai manusia yang berusaha mencari kesenangan hidup dengan pelbagai cara untuk meneruskan kelangsungan hidup di dunia ini. Antara mereka, ada yang menggunakan cara baik dan ada juga yang menggunakan cara yang tidak baik. Cara mudah untuk mencari kesenangan hidup adalah dengan bekerja keras dengan membanting tulang sekerat yang ada. Cara ringkas adalah dengan menerima suapan (rasuah) daripada pelbagai pihak. Tetapi dalam Ulangan 30:19 menyatakan bahawa kehidupan yang kita pilih adalah penentu kepada keadaan keluarga kita. Nabi Musa dalam saat kesukaran membawa umat Israel melepaskan diri dari tentera Mesir menyatakan hal ini kepada umat Israel saat mereka bersungut-sungut akan keadaan hidup mereka. Bapa Surgawi sendiri berbicara kepada Nabi Musa bahawa hidup umat Israel bergantung kepada allah yang mereka sembah. Jika mereka memilih allah bagi Mesir, maka hidup mereka terpisah dari Bapa Surgawi. Tetapi jika mereka menyembah allah bagi Israel, hidup mereka akan sentiasa terjaga. Saat ini, Bapa Surgawi yang kita miliki adalah allah yang di sembah oleh orang Israel dan hidup kita sentiasa terjaga seperti dalam Yakobus 1:12 Berbahagialah orang yang bertahan dalam pencobaan, sebab apabila ia sudah tahan uji, ia akan menerima mahkota kehidupan yang dijanjikan Allah kepada barangsiapa yang mengasihi Dia.

Pilihlah kehidupan anda hari ini agar anda dan keluarga anda dapat menerima janji yang Tuhan berikan dalam Yakobus 1:12 ini. Memang sukar menjalani hidup yang serba kekurangan dalam dunia ketika ini, dengan perubahan ekonomi yang mendadak, harga barang-barang naik, pengurangan pekerja, kekurangan peluang pekerjaan dan gangguan bencana alam. Tetapi juga tidak sukar untuk meletakkan harapan kita kepada Bapa Surgawi. Selama kita ada di dunia ini, selama itu juga kita hidup dalam kekuasaan Bapa Surgawi. Selama Bapa Surgawi menjadi raja, menjadi majikan dan menjadi Tuhan dalam hidup kita, kita tetap akan berbahagia. Hidup memang memerlukan wang tetapi jangan sampai jadikan wang sebagai allah kita. Jawatan tinggi mampu menjamin ekonomi kita tetapi jangan sampai pekerjaan itu menjadi lebih utama dari kehidupan Kristian kita. Dalam segala kesukaran, biarlah kita menghidupkan Kristian itu dalam diri kita.

Setiap jalan kehidupan yang kita pilih akan memberikan impak yeng tersendiri dalam kehidupan kita. Contohnya, jika kita memilih hidup berteraskan penipuan, maka kita akan binasa akibat menipu. Tetapi jika kita memilih jalan hidup berpaksikan Tuhan Yesus dalam segala hal, maka kita akan di jaga oleh Tuhan Yesus. Dia sudah membuktikan dengan mati di atas kayu salib bagi menghapuskan dosa kita. Sedangkan penyekasaan berat ini dapat di tanggung oleh Dia, kesesakan hidup yang kita alami pasti kini dapat di pulihkan oleh Dia, Tuhan Yesus Kristus. Jangan lepaskan diri kita dari kasih Tuhan Yesus kerana Dia sanggup menjaga kita dalam segala keadaan.

Jadilah GARAM dan TERANG dunia.

Tuhan Yesus memberkati..

14/03/2009

DUA TANGAN

1 comments

Susunan : Abansey

Siapa banyak memberi berkat, diberi kelimpahan,

siapa banyak memberi minum, ia sendiri akan diberi minum.

Amsal 11: 25

MEMBERI MAKA AKAN DI BERI, MENJADI BERKAT MAKA AKAN DI BERKATI. Ayat seperti ini sering saya gunakan secara peribadi sepanjang pelayanan saya dalam beberapa tahun ini. Saya sentiasa di dorong oleh ayat-ayat seperti ini kerana ianya memang ada kebenaran. Saya membaca e-book motivasi saya semalam dan saya sangat terkagum dengan ayat-ayat dalam tajuk ‘LETAK KECANTIKAN MANUSIA’. Antara ayat-ayat penulis adalah “untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkanlah kata-kata kebaikan. Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap yang anda jumpai. Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, bagikanlah makanan dengan mereka yang kelaparan. Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemari lembutnya setiap hari.Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa. Jika anda memerlukan pertolongan, akan ada tangan sentiasa terhulur. Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah di beri dua tangan, satu untuk menolong diri anda dan satu lagi untuk menolong orang lain”.

Kerana terkagum dengan ayat-ayat dalam e-book motivasi ini, maka kali ini saya punya kerinduan untuk sharing tentang hal tangan manusia. Kerana itu juga saya memberi tajuk “DUA TANGAN” untuk sharing pada kali ini. Dengan ayat rujukan dari Alkitab, saya harap sharing ini akan dapat menjadi berkat kepada pembaca sekalian. Bermula dari penulisan kali ini, saya tidak akan lagi memberikan isi-isi sharing secara khusus tetapi lebih kepada perkongsian serta dorongan peribadi sahaja.

Konsep sosial pertama yang perlu kita tahu dalam dunia ini adalah bahawa manusia diciptakan untuk saling melengkapi dalam segala hal. Bukan sahaja diciptakan sebagai pasangan hidup tetapi lebih daripada itu adalah sebagai satu entiti masyarakat. Kerana itu, satiap tempat terdapat ketua (contohnya ketua kampung, tuai rumah, ketua kelas) dan pembantunya (seperti ahli jawatankuasa bertindak). Bukan kerana wujudnya jawatan-jawatan itu sebagai majikan tetapi lebih kepada mewujudkan satu institusi sosial dalam kawasan tersebut. Masing-masing mempunyai tanggungjawab; ada yang menjadi tangan, ada yang menjadi kepala, menjadi leher, menjadi kaki dan sebagainya tetapi tetap menjadi satu badan. Jika satu daripada jawatan tidak berfungsi dengan sempurna, maka yang lain akan membantu sehingga mencapai kesempurnaan. Dalam Perjanjian Lama zaman Nabi Musa, konsep ini sangat dititikberatkan oleh Allah. Allah sendiri berbicara kepada Nabi Musa untuk melantik imam, ketua suku-suku Israel serta tanggungjawab mereka. Kesan daripada nilai saling melengkapi in maka, Israel berjaya menawan kerajaan-kerajaan yang lebih besar.

Konsep sosial kedua adalah saling memerhati dan memberkati. Kerana kita ada mata, maka kita boleh melihat kesusahan dan kesenangan orang lain. Kerana kita ada akal, maka kita boleh memikirkan tindakbalas yang betul. Jika orang lain susah, maka tugas kita adalah meringankan beban mereka, jika orang lain senang, kita jangan mengingini apa yang mereka ada. Hal mengingini hak orang lain adalah dosa (Roma 7: 7-8). Manusia moden kini lebih suka memerhati sahaja seperti politikus-politikus dunia. Mereka tahu kesusahan yang di alami oleh rakyat tetapi lebih suka menonjolkan diri untuk membantu negara lain..anak bangsa sendiri mati kesusahan. Banjir sana-sini di negara sendiri tetapi salurkan bantuan kepada negara yang lebih kaya. Politikus seperti ini jika ada di zaman Perjanjian Lama, pasti akan di bunuh dengan sangat kejam. Tetapi kerana demokratik kononnya wujud, maka mereka selamat. Kerana itu, dalam ketika zaman nabi-nabi, Isreal telah pun di nubuatkan tidak akan terkalah oleh sesiapa pun. Hal ini kerana mereka saling memerhati kelemahan dan akhirnya saling memberkati dengan menguatkan suku bangsa sendiri. Bangsa yang tidak terkalahkan adalah bangsa yang menjadi berkat kepada Sang Pencipta. Manusia yang tidak terkalahkan adalah manusia yang rela menjadi berkat kepada orang lain.

Jadilah TERANG di tengah kegelapan dunia.

TUHAN MEMBERKATI.

Komen Anda

Followers

 

Pujian Sejati Adalah Hati Yang Menyembah Copyright 2009 Fashionholic Edited by Abansey Visit my web on THE LIGHTS